PENGENALAN :

Tiang empat merupakan sejenis permainan yang mudah dimainkan.Di sesetengah tempat, ada yang menamakannya sebagai Minta Api.Permainan ini tidak mempunyai peraturan yang komplex dan banyak, inilah sebab permainan ini adalah dimain oleh kanak-kanak.Dalam permainan ini, pemain-pemain diuji kepantasan merebut tiang sesama pemain. Ini dapat mengukur kebijaksanaan pemain dalam menangani situasi-situasi yang diluar jangkaan.

TEMPAT

Permainan ini biasanya dimain di tempat yang mempunyai tiang. Misalnya, di bawah rumah.Jadi, permainan ini dapat dimain bila-bila masa kerana peralatan yang diperlukan dapat dicari di mana-man tempat yang berhampiran dengan rumah, seperti halaman rumah atau padang yang berhampiran.

PERALATAN

Tiada spesifikasi peralatan , cuma tiang-tiang.

PEMAIN

Permainan ini memerlukan 5 orang , sama ada kanak-kanak lelaki atau perempuan yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.

LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN

1.Lima orang pemain akan berdiri di tengah-tengah di antara empat tiang tersebu.Mereka akan menghadap antara satu sama lain. (Foto 1)

2.Salah seorang pemain menyebut “mula”.Kelima-lima orang pemain perlu merebut tiang-tiang tersebut.Sesudah merebut tiang, terdapat seorang pemain yang tidak berjaya mendapatkan tiang.Pemaiin berkenaan akan menjadi Tukang Jadi. (Foto 2)

3.Tukang Jadi akan berada di tengah-tengah di antara empat tiang berkenaan sebelum permainan dimulakan.(Foto 3)

4.Apabila permainan dimulakan, pemain-pemain yang memegang tiang perlu bertukar-tukar tiang antara satu sama lain.Tukang Jadi akan mengambil kesempatan merebut mana-mana tiang daripada pegangan pemain-pemain.Oleh itu,pemain-pemain perlu berhati-hati sewaktu menukar tiang. (Foto 4 & 5)

5.Mana-mana pemain yang tiangnya berjaya dirampas oleh Tukang Jadi akan menjadi Tukang Jadi pulaa Permainan akan dimulakan semula. (Foto 6)

6.Permainan boleh ditamatka atas persetujuan semua pemain.

PERATURAN PERMAINAN

1.Setiap pemain mesti menyentuh tiang dengan mana-mana anggota badan ketika bermain.

2.Tukang Jadi boleh merebut tiang yang tidak disentuh oleh mana-mana pemain.

3.Pemain-pemain dilarang menggunakan kata-kata kesat atat mengejek pemain lain sewaktu bermain.

4.Permainan diulang semula apabila Tukang Jadi berjaya merebut mana-mana tiang.

5.Setiap pemain mestilah mematuhi peraturan permainan.


Leave a comment